Saturday 29 August 2015

ENTRI 10 : JADILAH PEMBAYAR ZAKAT TERBESAR.

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Sumber : Pusat Pungutan Zakat
Gambar : Google




Assalamualaikum w.b.t,

Besar harapan saya semoga kita semua di bawah lembayung kerahmatan dan keredhaan Allah S.W.T. Alhamdulillah, saat ini kita di beri nafas dan peluang untuk menabur bakti di bumi Allah S. W.T, semoga kita sama-sama beroleh shafaat dunia dan akhirat. Hari ini saya ingin menulis dan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua iaitu tentang zakat emas dan perak.

 
 
Zakat merupakan salah satu cara untuk kita menyucikan harta. Kita juga perlu sedar dan ingat bahawa mengeluarkan zakat adalah perintah  Allah S.W.T yang difardukan ke atas umatnya yang cukup syarat. Seperti yang di ketahui umum bahawa amalan berzakat mempunyai banyak kelebihan pada harta dan juga pemilik harta. Impak kepada pemilik harta ialah zakat akan memperbaiki rohani dan tanda penyerahannya kepada hukum Allah S.W.T. Harta yang di keluarkan zakat darinya, akan bertambah keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Sebenarnya di sebalik keberkatan dari Allah itu, akan bertambahlah rezeki yang melimpah ruah dari sumber yang tidak di sangka-sangka. SesungguhNya kekuasaan Allah itu melangkaui daya pemikiran dan usaha kita sebagai hamba yang lemah ini.
 
Oleh yang demikian, di sini saya ingin kongsikan cara pengiraan zakat emas dan perak. Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
'Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu'.
At- Taubah; ayat 34-35.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi 'uruf' (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Marilah kita sama-sama menjadi peyumbang zakat terbesar untuk membantu lebih ramai umat islam. Kalau di tanya, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi penyumbang zakat terbesar? Marilah bersama-sama saya berganding bahu seia sekata menjalankan muamalah emas Powergold dengan misi  1gram 1 bulan 1 family. Jihad ekonomi untuk keluarga dan negara.

Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015