Monday 31 August 2015

TOLONGLAH JANGAN JUAL EMAS ITU !!!!

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Entri 11

 
Assalamualaikum w.b.t,
Harapan saya semoga kita seiring dan sejalan mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai iaitu bernafas di bumi bertuah ini. Pada hari ini, saya berkesempatan menulis di waktu pagi, yang biasanya saat ini saya berada di sekolah menunaikan amanah sebagai pendidik. Cuti tanpa gaji ini, saya cuba manfaatkan sebaiknya, kalau tidak dapat memberi ilmu kepada anak-anak murid, tidak salah saya memberi ilmu kepada masyarakat tentang emas melalui bait-bait kata yang dinukilkan atas blog ini. Semoga ilmu yang bermanfaat ini, menjadi pahala berterusan tika saya di alam lain nanti. In shaa Allah.
 
Saya sengaja memilih tajuk di atas, supaya nampak seperti satu arahan. Sebenarnya ia lebih kepada rayuan supaya kita berfikir semula jika ingin menjual emas yang kita miliki. Saya ada sedikit ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya untuk saya kongsikan kepada masyarakat. Ilmu yang saya ingin saya kongsikan ialah berkaitan 'spread' atau susut nilai. Spread membawa maksud perbezaan di antara harga belian dengan harga jualan. Jika ingin menjual emas kita, pastikan susut nilai yang di ambil oleh kedai tersebut rendah. Bagaimana kita mahu mencari spread atau susut nilai? Dibawah saya akan tunjukkan cara pengiraan mencari spread dan susut nilai.
 

Di atas merupakan formula mencari spread atau susut nilai dalam peratus.Boleh gunakan formula tersebut untuk mencari susut nilai sebelum anda menjualnya.



Saya akan memberi contoh pengiraan bagaimana untuk mencari susut nilai atau spread dengan menggunakan data harga emas 1 gram di Syarikat Powergold. Kita perlu kenal dahulu harga jualan dan harga belian. Berdasarkan data di atas harga jualan bagi stokis Powergold ialah RM 170, dan harga belian Syarikat Powergold ialah RM 160. Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, kita akan masukkan ke dalam formula yang saya telah tunjukkan di atas tadi.
 



 
 
Susut nilai atau spread yang kita perolehi sekiranya kita menjual kembali kepada Syarikat Powergold ialah 5.88%. Selepas ini, kita akan membuat pembandingan susut nilai atau spread dengan Kedai Emas. Harga Jualan bagi stokis ialah RM170, dan kita telah bercadang untuk menjual gold bar 1 gram kita di sebuah Kedai emas. Kedai emas tersebut sudi membeli Gold Bar 1 gram kita dengan harga RM 120 sahaja. Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, kita akan masukkan ke dalam formula mencari susut nilai dan spread.
 
 
 
Setelah membuat pengiraan, kita akan dapati bahawa susut nilai sekiranya kita menjual Gold Bar 1 gram di kedai emas ialah 29.41%. Susut nilai tersebut adalah sangat tinggi dan merugikan kita sebagai penyimpan emas.
 
Kenapa susut nilai berlaku? Susut nilai atau spread berlaku kerana inilah satu cara syarikat atau kedai emas menjana keuntungan. Oleh yang demikian, dalam misi saya menggalakkan masyarakat menyimpan emas, saya nasihatkan simpanlah emas tersebut selama mungkin sekiranya kita tidak memerlukan wang tunai. Sekiranya, anda sangat terdesak untuk menggunakan wang, pergilah ke Ar-Rahnu untuk memajak emas anda, dan pastikan anda menebusnya kembali. Boleh baca di sini dan di sini, dua rahsia untung simpan emas. Penyimpan emas dan pelabur emas adalah dua situasi yang berbeza. Saya juga tidak pernah menggalakkan penyimpan-penyimpan emas membuat pinjaman bank untuk membeli emas. Jadilah kita penyimpan 'peace of mind', hutang tiada tapi simpanan emas bertambah.
 
Doakan saya memiliki kesihatan baik dan kelapangan untuk saya menulis tentang perbezaan pelabur dan penyimpan emas pada artikel akan datang. Tahniah saya ucapkan sekiranya, anda selesai membaca artikel sehingga habis. Buatlah pilihan yang bijak. Sekiranya anda belum membuat simpanan emas, mulakan menyimpan pada hari ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
 
Hubungi saya untuk 'guide' anda supaya menjadi penyimpan emas yang baik 019-7482231. In shaa Allah.
 
 
Salam keemasan,
Cikgu Emas Online
 
0197482231


 

Saturday 29 August 2015

ENTRI 10 : JADILAH PEMBAYAR ZAKAT TERBESAR.

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Sumber : Pusat Pungutan Zakat
Gambar : Google




Assalamualaikum w.b.t,

Besar harapan saya semoga kita semua di bawah lembayung kerahmatan dan keredhaan Allah S.W.T. Alhamdulillah, saat ini kita di beri nafas dan peluang untuk menabur bakti di bumi Allah S. W.T, semoga kita sama-sama beroleh shafaat dunia dan akhirat. Hari ini saya ingin menulis dan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk kita semua iaitu tentang zakat emas dan perak.

 
 
Zakat merupakan salah satu cara untuk kita menyucikan harta. Kita juga perlu sedar dan ingat bahawa mengeluarkan zakat adalah perintah  Allah S.W.T yang difardukan ke atas umatnya yang cukup syarat. Seperti yang di ketahui umum bahawa amalan berzakat mempunyai banyak kelebihan pada harta dan juga pemilik harta. Impak kepada pemilik harta ialah zakat akan memperbaiki rohani dan tanda penyerahannya kepada hukum Allah S.W.T. Harta yang di keluarkan zakat darinya, akan bertambah keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Sebenarnya di sebalik keberkatan dari Allah itu, akan bertambahlah rezeki yang melimpah ruah dari sumber yang tidak di sangka-sangka. SesungguhNya kekuasaan Allah itu melangkaui daya pemikiran dan usaha kita sebagai hamba yang lemah ini.
 
Oleh yang demikian, di sini saya ingin kongsikan cara pengiraan zakat emas dan perak. Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
'Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu'.
At- Taubah; ayat 34-35.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi 'uruf' (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Marilah kita sama-sama menjadi peyumbang zakat terbesar untuk membantu lebih ramai umat islam. Kalau di tanya, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi penyumbang zakat terbesar? Marilah bersama-sama saya berganding bahu seia sekata menjalankan muamalah emas Powergold dengan misi  1gram 1 bulan 1 family. Jihad ekonomi untuk keluarga dan negara.

Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231

ENTRI 9: AKU DAN EMAS

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google


Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah kita di beri peluang untuk bernafas di pagi Sabtu ini. Semoga hidup kita dipayungi barakah oleh Allah S.W.T. Ramai yang bertanya saya berkaitan emas, Alhamdulillah ini bermakna makin ramai yang celik emas. Saya kenal emas secara serius pada tahun 2013. Kronologi saya berjinak-jinak dengan dunia emas adalah pada tahun 2013.

Pada awal tahun 2011, saya telah dinaikkan gred DG32 KUP dengan lebih cepat berbanding orang lain. Oleh kerana di naikkan gred awal kerana lantikan guru cemerlang maka kenaikkan gaji saya agak banyak iaitu RM500. Saya bercadang untuk membeli sebuah rumah lelong, tetapi suami tidak mengizinkan kerana sudah mempunyai rumah dan kami tiada pengalaman menguruskan rumah lelong. Saya juga terfikir, sekiranya saya tidak menyimpan duit saya menjadi aset, duit tersebut akan habis begitu sahaja. Saya belum bercadang membeli MPV kerana kenderaan mempunyai susut nilai dan masih belum ada hati nak tukar kenderaan, lagi pun anak baru dua orang pada waktu tersebut. Jadi saya pun bercadang menyimpan emas. Pada waktu itu saya bercadang untuk membeli satu dinar, tetapi saya punya kajian agak lama, baca blog sana sini, beli buku dan pelbagai lagi. Akhirnya, belilah satu dinar pada tahun 2013 sehingga ke hari ini. Pada waktu itu, saya tidak  bercadang hendak berkongsi ilmu emas dengan orang lain kerana takut ramai yang beranggapan saya menyimpan banyak emas di rumah, padahal saya langsung tidak menyimpan emas di rumah, boleh baca entri ini
 
Pada 23 Ogos 2015, saya bercuti tanpa gaji, saya membuat keputusan untuk bisness online. Pada saat itu,, saya memang tidak tahu untuk menjalankan perniagaan apa, sebab  saya mahukan perniagaan yang boleh saya jalankan di rumah. Saya ada anak yang masih bayi dan anak-anak lain yang perlu saya urus. Saya juga mahukan perniagaan  memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun pakar-pakar bisness kata bisnesslah benda yang kita suka, saya suka produk kuruskan badan dan kecantikan tetapi saya tidak sampai hati mahu tayang 'body' saya jadi testimoni, alangkan saya post gambar muka di facebook, husband sudah tegur. Dia tegur sebab dia sayang saya dan saya tahu dia pun tidak mahu berdosa sama. Akhirnya, saya pilih powergold sebab modal sangat murah iaitu rm350 seumur hidup dan boleh jalankan secara online 100%. Boleh baca juga entri ini . Nilai RM kita juga semakin rendah dan hampir-hampir tiada nilai, jadi semakin bersemangat saya untuk masyarakat sedar tentang kepentingan simpanan emas. Setelah beberapa entri menulis tentang emas, saya baru sedar manusia sukakan jaminan. Macam-macam jaminan di inginkan , berkaitan  syarikat, ketulenan emas dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kita lupa bahawa Allah S.W.T beri jaminan kita masuk syurga tapi berapa ramai yang patuh dengan perintahNya. Tepuk dada tanya hati. Saya hanya menjalankan perniagaan emas secara online dan cuba menyampaikan ilmu melalui blog. Kalau ada yang sudah terbuka hati untuk menyimpan emas sebab membaca blog saya. Alhamdulillah...mungkin itu jadi salah satu ilmu bermanfaat dan menjadi pahala berpanjangan untuk saya. Saya percaya dengan ketulenan emas powergold dan syarikat Powergold. Saya juga berminat untuk mengwar-warkan bahawa Powergold juga menawarkan emas yg lebih murah kepada orang ramai berbanding emas pasaran. Kepada yang masih ragu-ragu hendak membeli emas dengan saya tapi ada niat nak beli emas, bolehlah beli ke tempat yang anda suka seperti Habis Jewel, Tomei, Jumbo dan banyak lagi kedai emas tetapi harga emas agak tinggi. Boleh bandingkan harga nanti. Semoga bermanfaat artikel ini. Bisness apa pun yang kita jalankan itu terpulang pada hak masing-masing. Rezeki Allah Maha Luas. Semoga kita semua murah rezeki hendakNya. Amiin. Sesiapa yang berminat bisness Powergold seperti saya dipersilakan. Boleh hubungi saya 0197482231.
 
Salam keemasan,
Cikgu Emas Online
 
0197482231

Wednesday 26 August 2015

ENTRI 8: NAK SIMPAN EMAS DI MANA?

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Foto : Google

Assalamualaikum w.b.t.
 
Salam keemasan dan salam keredhaan untuk semua. Semoga Allah meluaskan rezeki yang berkat untuk kita semua. Dalam keghairahan mengejar matlamat dunia, ambil sedetik waktu untuk muhasabah diri supaya seiring dunia dan akhirat. Ada beberapa orang kawan yang bertanya soalan yang sama berkaitan simpanan emas. Pertanyaan tersebut sedikit sebanyak menggangggu mereka untuk membuat belian emas  kali pertama.
 
Mari bawa pemikiran kita semua untuk menerobos kekusutan dan ketakutan tentang simpanan emas. Sesungguhnya Allah tidak pernah merumitkan umatnya. Pernah tak kita nampak kereta harga ratusan ribu letak di luar rumah? Pernah kita nampak TV plasma harga beribu-ribu tersergam indah di kedai-kedai mamak? Pernah tak kita nampak mak-mak datin pakai kasut dan beg tangan harga ratusan ribu ringgit sambil berbelanja di pusat membeli belah?. Pernah nampak remaja bawa dan guna handset harga beratus-ratus ringgit? Kalau pernah nampak, maknanya tiada apa yang perlu di takutkan untuk simpan emas.
 
Kita boleh simpan emas di mana sahaja mengikut keyakinan kita. Saya boleh cadangkan beberapa tempat untuk kita simpan emas tetapi yang penting jiwa dan hati kita mesti tenang dengan apa yang kita buat. Sesungguhnya kata-kata di dalam fikiran mahupun di dalam hati itu, adalah satu doa. Doa dan pohon sahaja dengan Allah supaya kita di beri keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
 
Pertama, kita boleh simpan di rumah. Kalau mahu simpan di rumah, kita perlu fikir secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpan emas. Maksud kreatif di sini ialah simpan di tempat yang tidak terjangkau oleh pemikiran pencuri. Di mana tersebut? Hanya kita sahaja yang tahu. 
 
 
 
Kedua, beli peti simpanan peribadi. Peti simpanan peribadi merupakan cara untuk kita menyimpan emas. Biasanya peti ini ada kod rahsia untuk di buka. Pada zaman dulu-dulu, ramai orang kaya raya yang menggunakan peti simpanan peribadi. Walaubagaimana pun, peti peribadi ini juga perlu disimpan dan disorokkan, kalau pencuri nampak, memang di angkutnya peti tersebut. Terpulang pada masing-masing, kalau rasa selamat simpan emas dalam peti simpanan peribadi, di persilakan.
 
 
 
Ketiga, boleh simpan emas di safe deposit box (perkhidmatan peti deposit selamat) yang di tawarkan oleh bank. Walaubagaimanapun tidak semua bank menawarkan perkhidmatan peti deposit selamat, perlu berhubung dengan bank. Lagi satu, perkhidmatan safe deposit box oleh bank biasanya sentiasa penuh, kena rajin ' follow up' bank. Perkhimatan pembayaran sewa setiap bank juga berbeza, ada yang mahal dan ada yang murah dan berpatutan. Biasanya pembayaran mengikut saiz kotak. Selain melihat kadar sewa, lihat juga kadar insuran yang di tawarkan sekiranya kita menggunakan safe deposit box bank. Sekiranya emas yang kita simpan dengan bank hilang, bank akan bayar mengikut insuran yang telah di tawarkan. Ada juga perkhidmatan safe deposit box yang di tawarkan oleh swasta. Namun perkhimatan safe deposit box swasta, tidak banyak di tawarkan di Malaysia.
 
Senarai nama bank dan nombor telefon yang menawarkan kemudahan safe deposit box:
  • Hong Leong, Kota Tinggi - 078832020/21
  • EON Bank - 0376268899, 0326161133
  • OCBC Bank - 0326984363
  • Alliance Bank - 0355169988, 0320266475
  • RHB Bank - 1800-88-0243
  • UOB Bank - JB 072881121, KL 0326128121, PENANG 042401121
  • Public Bank - 1-800-22-9999
  • Public Bank, Seri Alam , Masai - 072522498/ 072522500
  • Public Bank Taman Johor, Jaya - 073513128/03523128
  • Public Bank Perling - 072344919/ 072344608
  • Public Bank Wisma Damai - 073316521/073312266

Di atas adalah antara senarai bank yang menawarkan peti simpanan selamat (safe deposit box). Mungkin boleh membantu untuk kita semua menyimpan emas.

Masih lagi ragu-ragu mahu membuat simpanan emas. Mulakan sekarang untuk membuat simpanan berbentuk emas. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231

https://www.facebook.com/cikguemasonline
 

Tuesday 25 August 2015

ENTRI 7 : RAHSIA KEDUA UNTUNG DENGAN EMAS ( ISTIQAMAH )

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google


Assalamualaikum w.b.t,
 
Salam penuh kerahmatan dan salam keemasan. Semoga kita dalam lindungan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Saya doakan kita semua di murahkan rezeki pada hari ini. Semangat membuak-buak untuk terus menulis di blog kerana bila semakin ramai yang bertanya di whatsup, saya kira masih ramai lagi di kalangan kita yang masih belum celik emas.
 
Saya tahu, masih ramai lagi yang ragu-ragu untuk membeli emas kerana pelbagai persoalan yang timbul seperti nak simpan di mana?, untung ke kalau beli masa emas mahal?, kedai emas nak ke emas yang aku beli ni? dan macam-macam soalan lagi. Percayalah saya pun seperti anda juga dulu.
 
Apa yang perlu kita buat?. Kita mesti MULA beli emas. MULAI SEKARANG!. Ramai yang teragak-agak untuk memulakan beli emas kali pertama, lebih-lebih lagi bila harga emas sedang tinggi.  Anda mesti mula beli, simpan dan akhirnya baru ada rasa 'feel' untuk kumpul.  Ramai yang was-was hendak beli walaupun tahu ia sangat menguntungkan. Jangan risau emas akan naik pada jangka masa panjang. Harga emas memang mahal, saya belum pernah jumpa, orang kata, harga emas murah. Walaupun harga emas sedang murah, kita tetap rasa mahal sebab masa tersebut mungkin duit di poket sedang nipis. Masa harga emas RM80/gram, kita masih kata mahal, bila harga emas RM120/gram, kita masih kata mahal, jadi bila masa harga emas murah. Di mana sahaja anda bermula untuk membeli emas, anda tetap akan untung untuk jangka masa panjang.
 
Baiklah, saya akan meneruskan rahsia kedua untung dengan beli emas iaitu istiqamah. Maksud istiqamah di sini ialah berterusan atau konsisten. Boleh mula dengan 1 gram gold bar atau 1 dinar. Terpulang pada kemampuan 'budget' masing-masing. Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperolehi keuntungan dengan kaedah kos purata (cost average). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika membeli secara istiqamah kerana harga emas berubah setiap masa.
 
Bila ada yang bertanya, bilakah waktu yang sesuai untuk saya beli emas? Jawapan saya beli sahaja sekarang. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
 
Salam keemasan,
Cikgu emas online
 
0197482231-effa
 
 
 

ENTRI 6 : RAHSIA PERTAMA UNTUNG DENGAN EMAS (BINA HARTA KARUN)

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google



Assalamualaikum w.b.t,
 
Salam keemasan dari saya Cikgu emas online https://www.facebook.com/cikguemasonline. Semoga kita semua dalam rahmat dan redha Allah S.W.T. Lumrah kehidupan manusia ingin menyimpan harta sebagai aset individu sama ada dalam bentuk rumah, tanah, saham dan EMAS. Semoga dengan keinginan menambah harta itu, bertambah juga keimanan kita kepada pencipta yang Maha Agung, Allah S.W.T.
 
Emas boleh menjadi aset yang menguntungkan kepada kita kerana nilainya yang sentiasa naik. Walaupun ada masanya, emas turun, waalubagaimanapun ia berlaku dalam jangka masa yang pendek. Dari segi jangka masa panjang nilai emas sentiasa meningkat. Emas juga tidak boleh di binasakan. Emas tidak boleh terbakar, tidak mereput, tidak berkarat dan sentiasa berkilau cantik menawan. Sehingga ke saat ini, emas di kategorikan sebagai benda yang sangat berharga. Emas adalah salah satu aset yang mudah di simpan dan mudah di bawa kerana bentuk yang kecil dan comel. Sekiranya kita mempunyai aset berupa hartanah, adakah kita boleh membawanya ke mana-mana?.Pasti tidak, jadi kumpullah emas selain daripada kita mengumpul tanah. Tidak di nafikan emas merupakan harta yang boleh di tunaikan dengan cepat. Pergi sahaja kemana-mana kedai emas atau Ar Rahnu untuk di jual atau di gadaikan bagi mendapatkan wang tunai. Berbeza dengan hartanah dan rumah, ia adalah aset yang sukar untuk di tunaikan kerana memerlukan proses yang banyak dan rumit.
 
Rahsia pertama yang ingin saya tunjukkan kepada kita semua ialah bina harta karun. Apa maksud bina harta karun? Kita hendaklah membeli emas sebagai aset kita dan simpan dan peganglah selama mungkin. Jadikan emas kita sebagai harta karun dengan simpan bertahun-tahun atau selamanya. Dengan menjadikan emas sebagai harta karun, kita tidak perlu risau langsung sama ada harga emas naik atau turun. Bila kita perlukan wang maka gadaikan sahaja di Ar Rahnu. Semakin lama simpan, semakin tinggi nilai emas, semakin banyak wang yang kita perolehi dari Ar Rahnu. Tetapi nasihat saya, selepas anda gadaikan di Ar Rahnu, anda perlu menebusnya kembali untuk di jadikan harta karun semula.
 
 
Akhir kata, sekiranya anda tanya, apa yang perlu saya buat sekarang?. Jawapan saya, simpanlah emas mulai hari ini, boleh hubungi saya untk keterangan lanjut. JANGAN TANGGUH NIAT ANDA UNTUK MENYIMPAN EMAS KERANA BERTANGGUH ITU PENCURI MASA. MASA ITU EMAS.
 
Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231
 
Hubungi saya untuk tukar simpanan anda kepada emas.

ENTRI 5: UNTUNG KE SIMPAN EMAS UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK?

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google



Assalamualaikum w.b.t
 
Salam penuh kasih dan salam keemasan. Semoga kita dalam naungan rahmat dan redha Allah S.W.T. Pada hari ini, saya rasa terpanggil untuk membawa pemikiran kita semua ke arah simpanan emas untuk pendidikan anak-anak yang lebih menguntungkan. Selama ini kita di sogokkan dengan simpanan wang untuk pendidikan anak-anak kerana otak kita telah lama di programkan ke arah itu, walaupun kita sedar wang kertas semakin hilang kuasa. Saya ingin membawa satu cerita kronologi keuntungan simpanan emas dalam pendidikan.
 
Seorang bapa yang bijaksana telah membeli kepingan emas 1 gram dan simpan untuk anaknya yang baru lahir. Secara istiqamah bapa yang bijaksana tersebut membeli kepingan 1 gram setiap bulan dan dalam setahun, anaknya memilik 12 keping 1 gram. Bayangkan 18 tahun bapa yang bijaksana itu melakukan perkara tersebut dan akhirnya anak tersebut memilik 216 keping emas 1gram bersamaan 216 gram. Jangan risau nilai emas sentiasa meningkat, angggaran pada tahun 2020, 1 gram bersamaan RM 500. Sekiranya di nilai dari sudut wang kertas, anak tersebut memilik RM 108 000. Si bapa tadi memang sangat bijak.  Sebenar nilai kesedaran dalam memupuk ingin menabung emas itu adalah yang lebih penting.

Satu perkara yang kita kena ingat, untungnya simpan emas ialah ia tahan inflasi. Kalau simpan duit bernilai RM 108 000,  18 tahun akan datang mungkin tak sebesar mana. Tapi bila simpan 216  gram emas, kuasa belinya pada 18 tahun akan datang tetap sama dengan kuasa beli 216 gram hari ni, bahkan mungkin lebih. Pada tahun 2015, nilai 216 gram ialah RM 32 400, tetapi pada 18 tahun akan datang nilainya RM 108 000. Untung ke rugi?
 
Untung ke simpan emas untuk pendidikan anak-anak? Kalau soalan tersebut, di ajukan kepada saya, jawapannya pasti untung berganda-ganda. Marilah kita bersama-sama membuat simpanan emas untuk pendidikan anak-anak.
 
1 gram, 1 bulan, setiap anak.
 
Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231

Sunday 23 August 2015

ENTRI 4:KENAPA RAMAI YANG SHARE GAMBAR 'BLUE'?. DUNIA NAK KIAMAT KE?

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google
 
Assalamualaikum w.b.t,
 
Besar harapan saya semoga kita semua sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Tengok tajuk di atas macam gerun sangat. Sebenarnya semalam, ramai kawan-kawan yang berkongsi gambar 'blue' sama ada di whatsup,  facebook dan instagram. Kenapa semua nak kongsi gambar tersebut. Gambar tersebut memberi nilai kepada orang lain ke? Berkongsi gambar tersebut boleh mendatangkan pahala ke? Terlalu ramai yang 'sharing', adakah satu petanda Malaysia nak kiamat ke?
Saya pun nak berkongsi gambar tersebut di blog saya.
 

Gambar ' blue' di atas yang saya maksudkan. Saya panggil gambar 'blue' sebab background kat gambar tersebut berwarna biru, jangan ada yang salah sangka ya. Harap semua sudi baca sehingga habis.Saya bukanlah pakar ekonomi untuk membuat analisis tentang ekonomi negara. Walaubagaimanapun sebagai rakyat Malaysia saya tetap terasa dengan bahang kejatuhan nilai ringgit yang telah berlaku. Kenapa kat papan biru tu tulis POA? Apa makna POA?

POA merujuk kepada Price on Application. Juga dipanggil Price on Asking, selalunya digunakan dalam listing harga samada property, currency dan sebagainya. Kalau penjual online di Facebook, suka sangat guna teknik ni, POA dan suruh PM bila ada pembeli nak tahu harga. Itu adalah strategi penjual di Facebook supaya ramai yang bertanya dan salah satu membina hubungan dalam perniagaan. Ada pengguna yang suka teknik ini dan ada yang tak suka sebab menyusahkan untuk pengguna survey harga. Terpulanglah pada masing-masing. Pergerakkan matawang RM bergerak pantas, bagi pihak bank cara untuk mengurangkan risiko letaklah POA. Sesiapa nak beli atau jual, boleh berunding harga.
 
Nilai ringgit Malaysia semakin turun dan menyebab POA. Adakah RM jatuh memberi kesan kepada kita semua? Ini adalah kenyataan, kejatuhan nilai matawang memberi impak negatif melebihi daripada kesan positif. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah termasuk lah Malaysia tanah tumpah darahku . Bagi rakyat yang berpendpatan rendah, amat merasai kesan kejatuhan nilai ringgit ini. Antara kesan buruk penurunan nilai matawang RM ialah barangan import menjadi lebih mahal. Barangan import yang dijual dalam Malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg rendah. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat dan terus meningkat mengikut nilai kejatuhan RM. Percaya atau tidak, sebenarnya pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai ringgit ini sebab mereka akan akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal. Harga barangan akan naik. Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit Malaysia. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia juga memberikan kesan yang ketara kepada mahasiswa yang menuntut di luar negara http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ringgit-merudum-pelajar-malaysia-di-luar-negara-tertekan-65178. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya. Saya bukanlah orang hebat untuk meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita semua juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.
 
Jikalau ada yang bertanya kepada saya, apakah langkah yang sepatutnya di buat untuk menghadapi kejatuhan nilai ringgit? Tukar simpanan wang anda kepada emas atau mula simpan emas mulai hari ini!
 
 
 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut 0197482231
 
Salam keemasan dari saya,
Cikgu emas online
 
 
 
 

Saturday 22 August 2015

ENTRI 3: CUTI TANPA GAJI DAN KENAPA PILIH POWERGOLD

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Gambar : Google
 
Assalamualaikum....
 
Semoga kita semua dalam rahmat dan redha Allah S.W.T. Esok bermulanya cuti tanpa gaji. Ini bukan bermakna saya harus duduk goyang kaki seperti 'MEM' besar. Banyak yang saya rancang dan atur untuk mengisi cuti yang saya hadapi. Saya tidak mahu cuti saya terbiar begitu sahaja. Saya telah berbincang dengan suami untuk menjalankan bisness online. Suami mengizinkan untuk saya menjalanan bisness online. Saya sempat memohon restu dan doa dari suami supaya saya menjadi 'jutawan 51 hari'. Saya sangat-sangat yakin dengan rezeki Allah yang maha luas dan maha kaya ini. Saya akan terus berdoa, berdoa, berdoa semoga urusan saya di permudahkan, rezeki saya sekeluarga di perluaskan dan tercapai hasrat menjadi ' jutawan 51 hari'. Selesai solat berjemaah dengan anak-anak, saya ada meminta supaya anak-anak saya mendoakan saya 'jutawan 51 hari'. Anak kedua saya  bertanya, "jutawan tu apa?'. Saya jawab ' Manusia yang mempunyai harta berjuta-juta dan boleh membayar zakat dengan banyak".
 
Setelah berfikir panjang dan memohon petunjuk dariNya, saya bercadang untuk menjalankan perniagaan emas Powergold. Banyak sebab saya memilih Powergold sebagai bisness online saya kerana : 
  1. Perniagaan emas merupakan perniagaan yang memberi nilai kepada orang lain. Orang yang membeli tak rugi dan orang yang menjual juga tak rugi. Sama-sama untung.
  2. Perniagaan Powergold boleh dijalankan secara online 100%. Sangat sesuai untuk surirumah dan boleh dijalankan secara sampingan (part time).
  3. Perniagaan Powergold tidak menuntut untuk saya maintain bulanan atau menyimpan stok emas.
  4. Syarikat boleh tolong hantar barang kepada pelanggan . Lebih kurang dropship jadi saya tidak perlu sibuk-sibuk pergi pejabat pos untuk pos barang.
  5. Saya juga tidak perlu keluar buat demo untuk menjalankan perniagaan Powergold. Emas adalah barang yang berharga dan semua orang tahu tentang keistimewaan emas. Semakin simpan semakin berharga.
  6. Yuran pendaftaran Powergold yang berpatutan, tidak terlalu mahal dan tidak perlu bayar yuran tiap-tiap tahun.
  7. Konsep Powergold sangat mudah SAVING, TRADING dan NETWORKING. Terpulang pada pilihan masing-masing sama ada mahu jadi penyimpan sahaja ( SAVING), atau beli emas dengan harga ahli dan jual pada harga pasaran (TRADING) atau berkongsi maklumat tentang emas dan join sebagai ahli dan memiliki pelbagai bonus (NETWORKING). Powergold adalah real bisness (beli emas dapat emas, BUKAN pelaburan emas yang menjanjikan bulan dan bintang ).
Semoga saya istiqamah dalam memberi pendidikan emas kepada orang ramai dan lebih ramai yang celik emas untuk berjalan seiring dengan saya memperkenalkan perniagaan Powergold kepada orang ramai.
 
 

 
Salam keemasan...

Friday 21 August 2015

ENTRI 2: PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Foto : Google
 
 
 
Assalamualaikum....
 
Ini adalah coretan saya yang ketiga setelah meninggalkan dunia blog agak lama. Sepatutnya entri 44 hari berlangsung tanpa ada kekangan masa yang terlalu lama. Namun masa yang agak terhad selepas bersalin anak ke empat, menyebabkan blog ini terbiar berbulan-bulan. Mulai hari ini saya cuba istiqamah untuk berkongsi cerita dan pengalaman di blog ini.
 
Saya telah memohon cuti tanpa gaji selama 51 hari bermula 23 Ogos 2015 hingga 12 Oktober 2015. Tindakan ini di buat setelah pengasuh anak saya akan menunaikan haji selama 51 hari. Perbincangan demi perbincangan telah di buat antara saya dan suami sebelum memutuskan untuk saya bercuti tanpa gaji. Hati menjadi yakin dan kuat untuk mengisi borang Cuti Tanpa Gaji. Saya yakin dengan rezeki Allah, walaupun akan bercuti tanpa gaji. Allah maha pengasih lagi maha penyayang dan maha pemberi rezeki. Pesan suami, mungkin cuti kali ini boleh buat praktikal untuk menjadi surirumah sepenuh masa suatu hari nanti.

Setelah cuti saya di luluskan, tiba-tiba ada seseorang yang sudi menjadi pengasuh anak saya. Hati saya berbolak-balik untuk meneruskan cuti. Namun keyakinan dengan petunjuk dari Allah, saya cekalkan hati untuk bercuti. Allah telah mencoretkan takdir yang terbaik untuk saya. Harapan saya, semoga dengan cuti kali ini, saya menjadi lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Harapan dan objektif saya semasa cuti ini:
  1. Dapat mengaji dan membaca tafsir Al-Quran satu muka surat sehari.
  2. Solat Dhuha 8 rakaat setiap hari
  3. Bangun malam untuk tahajud dan solat hajat 8 rakaat.
  4. Kemas kini blog setiap hari.
  5. Memasak dua kali sehari.
  6. Berlembut dengan anak (tidak boleh meninggi suara sama sekali)
  7. Peluk anak serta baca Al-Fatihah dan Surah Ash-Sharh setiap kali lepas solat.
  8. Kemaskini FB untuk berkongsi ilmu perniagaan.
  9. Semak buku anak setiap malam.
  10. Ulangkaji pelajaran anak-anak setiap hari.
  11. Semak hafalan surah dan bacaan solat anak setiap hari.
  12. Jutawan 51 hari.
  13. Menjadi isteri yang terbaik.
  14. Rumah berkemas setiap hari.
  15. Sentiasa sabar dan tabah.
  16. Sedekah setiap hari.

Semoga dalam rahmat dan redha Allah. Amin..
Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015